Skip to main content

Laman Utama

Perjumpaan ahli MPU bersama Pengerusi baharu MPU pada 8 Ogos 2024 yang lalu.


Majlis Profesor Universiti (MPU) telah di tubuhkan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia pada 1 September 2010.

MPU UTHM adalah satu badan yang dilibatkan secara langsung dengan Naib Canselor sebagai kumpulan pemikir (think tank) yang bertanggungjawab memberi idea, menyusun strategi, menasihat dan membuat syor untuk menambah baik kedudukan UTHM sebagai institusi pendidikan TVET bertaraf global berdasarkan bidang tujahan (niche) iaitu Teknologi Lestari dan Pengangkutan.

Fungsi MPU memfokuskan kepada empat (4) aspek berikut:

  1. Sebagai kumpulan pemikir kepada universiti dan negara di dalam kepakaran TVET khususnya, dan sains dan teknologi umumnya.

  2. Sebagai pakar rujuk dan penasihat untuk Advokasi Ilmuan.

  3. Sebagai rakan pembimbing untuk membimbing staf akademik muda UTHM serta membantu UTHM untuk menjadi sebuah Global Technopreneur University (GTU) menjelang tahun 2030 (GTU2030).

  4. Sebagai fungsi yang dapat memberi input kepada pengurusan tertinggi berkaitan perkara yang melibatkan kemajuan UTHM yang merangkumi staf akademik dan bukan akademik.

MPU juga akan terlibat sama dengan menyumbang idea bagi pemantapan haluan strategik universiti berdasarkan komponen utama UTHM Edu-Train, Technopreneur, Prihatin dan Governan.